Tuesday, June 12, 2007

Laporan Persidangan UMNO Cawangan Taman Muhibah

Laporan Ringkas Persidangan UMNO Cawangan Taman Muhibah :

Persidangan dimulakan pada jam 3.00 petang . Keahlian adalah 42 daripada 205 orang . Dimulai dengan angkat sumpah
sebagai ahli UMNO dan bebas muflis pengurusi tetap En Mohd Sobirim bin Mohd Yusuf disusuli dengan bacaan doa oleh
Tuan Hj Jemoin dan nyanyian beramai-ramai lagu Negaraku dan lagu UMNO . Ucapan ketua cawangan Tuan Hj Jemoin
banyak berkisar tentang keahlian persidangan yang sedikit rendah daripada tahun-tahun sebelumnya yang mungkin disebabkan
kesibukan dimusim cuti sekolah . Beliau juga menyentuh tentang kejayaan pilihan raya kecil N.19 yang baru lepas serta peruntukan
besar yang telah diberikan oleh kerajaan pusat termasuk penambahbaikan surau Al-Ehsan , penambahan kanopi baru dan
padang footsal.

Selepas itu majlis disambung dengan pembentangan laporan Penyata tahunan oleh Tn Haji Haron dan penyata kewangan tahun lepas oleh En Adul Wahab bin Haji Yusuf tanpa sebarang bangkangan oleh ahli. 4 nama telah dicadangkan untuk ke Perwakilan Bahagian iaitu En Abdul Wahab bin Haji Yusof ,En Mohd Rizal Bin Shamsuddin , Puan Juzlianuri binti Haji Baharuddin dan En Nordin . 7 nama untuk
ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia 2007 dicadangkan oleh Pn Juzlianuri dan mendapat sokongan sepenuhnya oleh ahli.
Seterusnya dalam sesi perbahasan usul , 4 usul dicadangkan oleh Timb Ketua Cawangan termasuk usul tentang penyegeraan pembinaan
tapak footsal utk UMNO cawangan taman muhibah, memastikan calon UMNO utk mewakili BN dalam pilihanraya umum bagi DUN
IJOK utk pilihanraya akan datang.

Ketua wanita pula mencadangkan penyegeraan pembinaan bengkel untuk aktiviti wanita yang telah dijanjikan
semasa kempen pilihanraya kecil yang telah lepas.Usul-usul in disokong tanpa sebarang perbahasan. Ucapan penangguhan disempurnakan
oleh Tuan Haji Ariffin bin Rahmat wakil daripada UMNO Bahagian Kuala Selangor dan diakhiri dengan cabutan bertuah yang sungguh
meriah . Majlis berakhir jam 4.50 petang.

No comments: